
Pengenalan
Koperasi Cakna Ukhuwah Batu Pahat Berhad (KCUBPB) atau dikenali juga sebagai Cakna Ukhuwah merupakan koperasi yang ditubuhkan hasil idea anak-anak perantauan yang kebanyakannya berasal dari negeri Pantai Timur.
Tujuan penubuhan untuk memberi peluang para ahli menjalankan sebarang perniagaan secara sah menggunakan sebuah platform koperasi. Di samping itu juga, melalui platform koperasi, ahli-ahli dapat mempelajari pelbagai ilmu perniagaan yang disokong oleh organisasi berkaitan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA).
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak berkenaan banyak memberi manfaat kepada mereka yang inginkan satu persekitaran yang lebih sistematik dalam menjalankan perniagaan. Tambahan pula, yuran penyertaan yang amat minimun serendah RM20 untuk nilai yang ada kalanya mencecah ratusan atau ribuan ringgit apabila melibatkan penginapan. Peserta yang tinggal melebihi satu jarak minimum lazimnya disediakan penginapan secara PERCUMA.
Faedah yang dinikmati para ahli koperasi, khususnya ahli KCUBPB sudah pasti memberi nilai tambah kepada sesebuah koperasi.
(Sila rujuk bahagian Informasi untuk kursus-kursus semasa yang ditawarkan)